05/03/2023

Siri 2

Aku: Weh!

Dia: Apa?

Aku: Kau dah kenapa? Buatlah betul-betul.

Dia: Apa yang tak betulnya sekarang? Cakap terang-terang boleh tak? Penatlah. Buat ni penat, layan kau lagilah penat!

Aku: Eh, kau! Aku cakap sikit kau nak cakap panjang-panjang kenapa? Ni, tengoklah kaki dia ni.

Dia: Mana? Suluh dengan lampu picit kau tu sekarang. Arah-arah aku pulak. Tunjuk cepat!

Aku: Ni, ha! Ibu jari kaki dia terkeluar dari tanah. Nak tanam, tanamlah betul-betul. Hisy! Dah berapa kali "betul-betul" aku ulang. Bosan tahu tak? Dahlah, cepat sikit buat kerja tu. Dengan nyamuknya lagi.

.

02/03/2023

Siri 1: Jantung

Cara-cara untuk menyelamatkan jantung anda daripada hal-hal yang melemahkan jantung seperti perpisahan, patah hati, pengkhianatan dan sebagainya:

Pertama, robek dada kiri dengan kedua-dua belah tangan.

Kedua, belah tulang yang melindungi organ dalaman tersebut dengan gergaji kecil. Bzz, bzz.

Ambil jantung anda (sila pastikan proses ini dilakukan dihadapan cermin untuk ketepatan) dan letakkan di dalam balang kaca jernih yang telah dinyahkuman dengan air panas mendidih.

Pastikan organ anda telah dibilas dengan air suam terlebih dahulu.

Tutup balang kaca jernih yang berisi jantung dan susun di rak kayu bercat putih.

Tahniah -  anda kini dalam laluan yang benar untuk menyelamatkan jantung anda.

Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!

.

Hmm